Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Dua kes positif baharu di Masjid Tanah

519
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 24 Nov : Dua kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Masjid Tanah Daerah Alor Gajah hari ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu kedua-dua kes yang dikesan di Masjid Tanah itu adalah daripada kategori jangkitan tempatan saringan kontak rapat berumur 14 dan 60 tahun di bawah Kluster Putra-18.

Laporan itu menyebut sebanyak 24 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka, tiada kes yang dirawat di wad ICU sementara empat kes dilaporkan sembuh hari ini.

Laporan itu juga menunjukkan 13 mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini berbanding 11 semalam iaitu mukim Belimbing (1), Durian Tunggal (1), Masjid Tanah (2), Ayer Molek (4), Bachang (1), Balai Panjang (2), Batu Berendam (17), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (4), Merlimau (10) dan Rim (3).

Negara hari ini sekali lagi dikejutkan dengan statistik kes baharu Covid-19 seluruh negara yang mencecah 2188 kes yang merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia dengan kali pertama melepasi angka 2000 bagi kes harian semenjak wabak ini mula melanda negara ini.

Selangor merekodkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1623 kes diikuti Sabah dengan 232 kes manakala empat negeri dan wilayah pula tidak merekodkan kes baharu iaitu Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Perlis.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)