Buka semula siasatan semua kes hina institusi Raja – PJ PAS Melaka

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 1 Jun : Bukan sahaja kes Iswardy Morni, malah semua kes penghinaan terhadap Institusi Beraja yang pernah berlaku sebelum ini perlu dibuka semula kertas siasatannya. Demikian gesaan Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dalam satu sidang media beliau yang berlangsung di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri pada Isnin. Menurut beliau antara kes yang perlu disiasat...

PAS Kedah alu-alukan tabung bencana covid 19

Assalamualaikum Wmt Wbr, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menyambut baik Langkah PAS Pusat melancarkan Tabung Bencana Covid-19 yang bertujuan membantu semua golongan yang terkesan. Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri telah mengumumkan pelbagai bantuan untuk rakyat. Namun dalam suasana rakyat yang terkesan dengan bencana Covid-19 ini begitu besar, maka langkah yang diambil PAS Pusat dapat melebarkan jumlah sasaran penerima. Sekarang Allah SWT menguji kita...

Selamat Ulang Tahun ke-63 TUDM – BPPWP

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad, Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM atas sambutan ulang tahun TUDM kali ke-63. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah salah satu sayap pertahanan negara yang amat kita banggakan atas kesetiaan melindungi keselamatan ruang udara tanah air yang...

Agenda Lockdown

video

14 hari 'lockdown. Tak tahu nak rancang, nak buat apa di rumah? Agenda 'Lockdown' dengan tip dan panduan mungkin boleh membantu anda.

Bina ‘Herd Immunity’ bermula di masjid – Bakri

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 1 Jun : Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin menyarankan agar proses untuk membina 'Herd Immunity' vaksinasi Covid-19 perlu juga dilaksanakan bermula daripada masjid. Menurut pemerhatian beliau sendiri, ahli masjid atau mereka yang istiqamah untuk solat berjamaah di masjid adalah sekitar 50 ke 80 orang dan majoriti mereka adalah daripada golongan umur di atas 55 tahun. "Jadi...

Tuntut penjelasan dan tarik kebenaran operasi kilang arak sepanjang PKP

Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) TUNTUT PENJELASAN DAN TARIK KEBENARAN OPERASI KILANG ARAK SEPANJANG PKP Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa menjelaskan mengenai status surat kebenaran operasi kilang arak yang kini tersebar dimedia sosial. Jika surat ini benar maka MITI digesa menarik kembali kelulusan tersebut kerana arak bukan tersenarai dalam kategori ‘essential services’. Arak tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan lebih memudaratkan kepada...

Majlis Pelancaran “Tabung Bencana Covid”

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis malam ini! Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil insiatif untuk menggerakkan Tabung Bencana Covid sebagai usaha berterusan parti menyantuni kebajikan rakyat Malaysia. Justeru jom saksikan: ▶️ Majlis Pelancaran "Tabung Bencana Covid" ◀️ ? Selasa, 1 Jun 2021 ⏰ 9.15 malam - 10.40 malam ? Facebook Live https://www.facebook.com/paspusat ?️Dengarkan ucapan daripada barisan kepimpinan: 1. YB Dato' Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan...

PAS lancar kempen kutipan dana ‘ Tabung Bencana Covid-19 ‘

PAS LANCAR KEMPEN KUTIPAN DANA “TABUNG BENCANA COVID-19” Selaras dengan kedudukan sebagai sebuah Parti Berkebajikan, maka PAS Pusat dengan penuh rasa kesedaran dan insaf terhadap kesan penularan COVID-19 yang bukan sahaja dari aspek kesihatan tapi juga kesan terhadap kehidupan ekonomi dan sosial, mengambil inisiatif menubuhkan TABUNG BENCANA COVID-19 PAS PUSAT. Tabung ini bertujuan untuk digunakan bagi membantu semua golongan yang...

Covid-19 Melaka | 352 kes baharu, 3 kematian

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 31 Mei : 352 kes jangkitan dan tiga kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut laporan itu daripada 352 kes jangkitan baharu yang direkodkan itu sebanyak 345 kes adalah daripada kategori tempatan dan tujuh kes lagi...

‘Total Lockdown’: Kembalilah kepada Allah

Pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan #totallockdown akibat peningkatan kes yang membimbangkan sememangnya perlu sebagai salah satu ikhtiar melawan penularan wabak COVID-19. Namun, satu sudut ikhtiar lagi yang kita mesti usahakan ialah kembali kepada jalan hidup yang Allah redhai. Bukankah setiap ujian termasuklah virus ini datangnya daripada Allah SWT, dan kepadaNya kita harus kembali bergantung harap. Firman Allah dalam Surah Al-An'am ayat 42...