Home Berita PAS Melaka

Buka semula siasatan semua kes hina institusi Raja – PJ PAS Melaka

128
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Jun : Bukan sahaja kes Iswardy Morni, malah semua kes penghinaan terhadap Institusi Beraja yang pernah berlaku sebelum ini perlu dibuka semula kertas siasatannya.

Demikian gesaan Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dalam satu sidang media beliau yang berlangsung di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri pada Isnin.

Menurut beliau antara kes yang perlu disiasat semula ialah berkaitan sebuah video yang melibatkan seorang tokoh pembangkang, Wan Ji Wan Hussin yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu kerana mahu menghapuskan Institusi Beraja di negara ini.

“Bagi pihak PAS Negeri Melaka kita memandang serius serta mengutuk tindakan beliau (Iswardy) ini melalui video live yang jelas ia adalah satu penghinaan serta serangan terhadap Institusi Beraja secara keseluruhannya.

“Dan PAS Melaka juga menuntut satu siasatan menyeluruh dan tegas terhadap beliau serta dalang di belakang tabir supaya didakwa di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan 504 serta Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujar beliau lagi.

Untuk rekod, baru-baru ini Iswardy yang juga merupakan Pengerusi Pro-PKR Sarawak melalui saluran YouTube miliknya didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Iswardy dalam siaran langsung itu cuba memberikan gambaran bahawa Agong tidak cakna, tidak peka dan tidak bersuara dengan apa yang menimpa rakyat berkaitan bencana Covid-19.

Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK BAIK PULIH SURAU AL KAUTHAR TANJUNG KLING

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .