Covid-19 Melaka | Nenek berumur 101 tahun antara 4 mangsa kematian terbaru

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 8 Jun : Seorang nenek berumur 101 tahun adalah salah seorang daripada empat mangsa kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini. Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKNM, mangsa tersebut yang berasal dari Mukim Bukit Katil dalam Daerah Melaka Tengah mempunyai sejarah...

50% penduduk Langkawi selesai daftar Vaksinisasi

LANGKAWI – Seramai 50% daripada 75,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin COVID-19 telah mendaftar untuk program vaksinasi COVID-19 manakala Seramai 12,000 individu atau 16 peratus  sudah mendapat suntikan berkenaan setakat ini. Yang DiPertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad berkata pernyataan tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Dr Roshayati Abu Bakar selaku penyelaras Pusat Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Langkawi. " PICK daerah Langkawi....

PAS Terengganu Teguh Pertahan YAB Menteri Besar Terengganu

PAS Terengganu Teguh Pertahan YAB Menteri Besar Terengganu Kami sedia maklum akan fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan reputasi YAB MB Terengganu dan juga PAS Terengganu. Laporan polis juga telah dibuat, dan kami berharap semua ahli dan penyokong PAS serta rakyat Terengganu menolak budaya buruk dan tidak berakhlak ini. Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyatakan teguh bersama...

Fitnah : SU Politik MB Terengganu Lapor polis

KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid membuat laporan polis terhadap portal berita yang menyiarkan artikel fitnah membabitkan MB, pentadbiran kerajaan negeri dan pihak istana. Menurut Muhyiddin, antara dakwaan jahat dan tidak benar yang disiarkan dalam artikel itu adalah MB Terengganu kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk...

Asal dapat kuasa musuh jadi kawan – Setiausaha PAS Negeri Selangor

Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir Setiausaha PAS Negeri Selangor Dalam keghairahan mendapatkan kuasa sesetengah pihak sanggup melakukan apa sahaja, matlamat menghalalkan cara, menggadai prinsip, menjilat ludah asal apa yang dicita dan diidam-idamkan dapat ke tangannya kembali. Mengikut laporan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyeru ahli-ahli partinya agar berminda...

Isu rancangan televisyen tidak mematuhi SOP – Timbalan Ketua Pemuda DPPN Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Kuala Langat | Ketika negara dilanda musibah yang dahshat bahkan di serata dunia, angka kematian meningkat saban hari. Sebagai seorang muslim, hidup dalam negara majoriti muslim dan agama rasmi Persekutuan juga adalah Islam, sudah tentu jalan terbaik saat ini adalah mendidik rakyat kembali berpaut pada Allah...

Keutuhan negara : Asas jalinan institusi raja dan rakyat jelata – Ketua Penerangan PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim Ketua Penerangan PAS Selangor Semenjak Negara Malaysia merdeka pada tahun 1957, bahkan sebelum merdeka lagi, tanah bumi berkat ini penduduk asalnya didiami oleh orang melayu dan ditadbir di bawah Raja-Raja Melayu. Setelah itu, kedudukan Raja-Raja Melayu di institusikan berada di bawah Institusi Beraja yang...

Berjuanglah menentang musuh dalam jiwa – Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Sungai Buloh | Menyedari dunia akhir zaman, pelbagai bentuk fitnah yang melanda merobek syaksiah dikalangan umat. Musuh senantiasa berusaha mencari ruang demi melemahkan jati diri peribadi hamba-Nya. Samada musuh berbentuk luaran, lebih-lebih lagi dari dalaman. Memetik kata-kata taujihat semangat juang oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri...

Pandemik Covid-19, apa ikhtiar kita? – PAS Kawasan Sungai Buloh

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh Oleh : Umar Al-Hayawi Sungai Buloh | PAS Kawasan Sungai Buloh menyedari penularan pandemik Covid-19 merupakan musuh paling utama negara saat ini. Ikhtiar perlu dilakukan semaksima mungkin. Masyarakat awam sudah dimaklumkan dengan program vaksinasi kebangsaan dan ketika ini sudah masuk ke fasa ke 2 iaitu untuk warga emas dan juga kepada...

Seruan mengambil vaksin oleh pimpinan PAS Gombak – PAS Kawasan Gombak

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak Oleh : Umar Al-Hayawi Gombak | Pimpinan PAS Kawasan Gombak menyahut dan menyambut baik saranan kerajaan bagi semua rakyat mendapatkan vaksinasi sebagai salah satu ikhtiar untuk mencegah wabak Covid-19. Pencegahan terhadap sesuatu mudharat yang besar perlu didahulukan. Pengambilan vaksin adalah satu keperluan untuk kita bersama-sama membina imuniti berkelompok di samping merupakan salah satu...