Home Berita PAS Perak

PAS Perak bantah sebarang usaha SUHAKAM iktiraf LGBTQ

22
SHARE
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
16 Jun 2021 | 5 Zulkaedah 1442
PAS PERAK BANTAH SEBARANG USAHA SUHAKAM IKTIRAF LGBTQ
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyokong kenyataan PAS Pusat dan melahirkan rasa dukacita di atas cadangan pihak SUHAKAM untuk mengiktiraf “Third Gender” yang semamangnya bertentangan dengan ajaran Islam.
SUHAKAM sepatutnya berperanan untuk membela hak asasi manusia mengikut acuan Islam yang menjamin kesejahteraan buat seluruh masyarakat. Namun ketika ini seringkali bertindak secara terangan menyalahi fitrah manusia, budaya dan tamadun kemanusiaan.
PAS Perak amat bertegas dan membantah sebarang usaha pihak SUHAKAM yang mana jelas melanggar keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 2014 malah bercanggah dengan Undang-undang dan Perlembagaan.
PAS Perak juga menyeru agar segala usaha yang sedang dibuat termasuk kajian oleh penyelidik di bawah SUHAKAM atau pihak lain hendaklah dihentikan serta merta sebaliknya gunakanlah solusi Islam untuk menangani kelompok tersebut.
Dalam masa yang sama, ideologi liberal yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi atau pertubuhan tertentu sebenarnya boleh mengundang bertambahnya punca bala daripada Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkannya.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak