Home Berita PAS Terengganu

SOP Ibadah korban yang tersebar belum muktamad – JHEAT

141
SHARE

KUALA TERENGGANU, 17 Jun – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban negeri Terengganu yang tersebar di media sosial adalah masih belum muktamad.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan dan semakan.

“JHEAT akan memaklumkan dan mewarwarkan kepada semua sekiranya SOP yang sebenar telah dimuktamadkan.

“Sebarang pemakluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Mohon semua bersabar,” ujar JHEAT dalam satu kenyataan sebentar tadi.