ADUN Temangan ringankan beban peniaga
TEMANGAN, 1 Jun: ADUN Temangan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli hari ini menyampaikan bantuan kepada para peniaga yang terjejas akibat daripada pelaksanaan "Total Lockdown". Bantuan ini telah diagihkan kepada seramai 160 orang penerima di sekitar DUN Temangan. Penyampaian dilakukan secara walk-in tanpa sebarang perhimpunan. Beliau berharap dengan sedikit bantuan yang diberikan ini, dapat meringankan bebanan buat keluarga penerima.
DUPNS saran pertimbang syarat dua dos vaksin
Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) menyambut baik respons dan perhatian Datuk Arifin Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah untuk menilai, mengkaji dan mempertimbangkan syarat dua (2) dos suntikan vaksin Covid-19 kepada umat Islam yang ingin hadir ke masjid dan surau. Kami juga berharap pertimbangan yang serupa dapat dilakukan untuk syarat pelaksanaan sembelihan korban yang akan berlangsung pada hari raya...
PAS Jerlun bantu amilin dan penduduk terkesan PKP 3.0
JERLUN – Seramai 30 keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di sekitar Parlimen Jerlun disantuni oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jerlun sempena program Ziarah Kasih PAS Kawasan. Yang DiPertua PAS Kawasan, Dr Ustaz Ab Ghani Ahmad menyatakan program yang diketuai oleh Radzi Mat Isa melibatkan enam Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam Parlimen...
UPKN tampilkan idea baharu menerusi “Ggapo nok buat?”
oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 2 Jul: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) semakin prolifik dengan program digital terbaharu, “GGapo Nok Buat?”. Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, konsep rancangan tersebut memfokus penonjolan bakat dan kemahiran rakyat Kelantan yang wajar dicontohi masyarakat. “Program ini menampilkan idea baharu kepada mereka yang masih buntu untuk memulakan sesuatu dalam hidup dan...
LKK PAS Bentong terus proaktif hulur bantuan
Oleh: KHAULAH AL AZWAR BENTONG, 2 Julai : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bentong (LKK) terus proaktif bergerak menjejak dan menyantuni warga Bentong yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19, kelmarin. Misi rondaan penyerahan bantuan diketuai Yang Dipertua PAS Bentong, Khairuddin Abdullah ditemani Pengarah LKK, Muhammadin Mustaffa dimulai sekitar perumahan Batu 1 dan Kampung Benus berdasarkan senarai...
ADUN Panching agih bantuan berterusan di musim PKP
Oleh: AZURA AWANG PAYA BESAR, 2 Jul: Sumbangan kepada para penduduk yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam kawasan DUN Panching diteruskan mengikut jadual yang telah disusun oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Panching sejak bermula PKP 1.0 hingga lockdown bulan lalu dan terkini PKPD. Malah ada beberapa penambahan yang dibuat kerana bertambahnya jumlah sumbangan oleh para dermawan di...
Hartanah Kelantan di Mesir sedia digunakan pelajar tahfiz
Oleh NORZANA RAZALY KAHERAH, 2 Jul: Wisma Kelantan Shoubra yang dibeli Kerajaan Negeri Kelantan sedia digunakan mahasiswa Maahad Al Quran Wal Qiraat Al Azhar, Shoubra. Majlis penyerahan rasmi hartanah tersebut oleh El Attal Holding kepada Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah, Ustaz Khairul Anuar Ismail, mewakili Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan...
Belia ceburi bidang fertigasi dipuji
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 1 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, YB Saiful Adli Abd Bakar memuji dan menyokong usaha para belia Kelantan yang menceburi bidang pertanian mengikut gaya semasa. Keyakinan beliau tinggi terhadap usahawan tani terpelajar yang mampu menjana pendapatan lumayan dalam industri tersebut. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan (MPUK) berkata demikian ketika sesi bertukar...
Kelantan bertumbuh lebih baik daripada Malaysia
Kelantan bertumbuh lebih baik daripada Malaysia. Penerangan mengikut sektor sebagaimana dalam Infografik
Tabung Darul Iman : tabung khas kerajaan Terengganu untuk pesakit kronik
BESUT - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang menghidap penyakit kronik diminta supaya memohon Bantuan Tabung Darul Iman (TDI). Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ramai lagi pesakit kronik yang belum memohon bantuan TDI kerana mereka menganggap ianya rumit. “Kerajaan negeri Terengganu mewujudkan bantuan ini untuk membantu meringankan bebanan rakyat yang ditimpa musibah atau...