320 ekor ayam diagih kepada penduduk terlibat PKPD Dungun

Oleh:Nooreni Bakar DUNGUN, 19 Julai- Sebanyak 320 ekor ayam telah diagihkan kepada penduduk Gong Pasir yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) sebagai usaha menjaga kebajikan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, inisiatif tersebut dilakukan kerana menyedari mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan dalam meneruskan kehidupan seharian setelah dikenakan PKPD sejak 10 Julai lalu. "Agihan ayam pada...

Bomba salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran

Oleh : Qatadah Zakaria KUALA NERUS, 19 Julai – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu terus membela mangsa kebakaran walaupun selepas tragedi itu berakhir melalui penyaluran bantuan kelengkapan rumah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ketua BBP Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, sumbangan pihaknya berupa barangan elektronik dan wang tunai hasil derma semua anggota balainya sebagai tanda prihatin...

Azizulhasni, Nor Azimi dikurnia gelaran Dato’

KUALA TERENGGANU, 19 Julai - Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato'. Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut dalam satu kenyataan hari ini berkata pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu...

Menjunjung Kasih Tuanku! – Azizulhasni

KUALA TERENGGANU, 19 Julai - Jaguh berbasikal negara, Dato' Mohd Azizulhasni Awang menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin atas kurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Dato'. Jelasnya ketika dihubungi pemberita semalam, beliau masih terkejut dengan berita yang diterima. "Saya juga gembira dan amat terharu kerana ini adalah penganugerahan yang terbesar dalam...

Nenek berusia 102 tahun terima suntikan vaksin dari cucu sendiri

KUALA NERUS, 19 Julai - Penerima vaksin tertua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Fatimah Muda, 102, berkongsi detik istimewa apabila disuntik vaksin oleh cucunya sendiri, Mohd Borhan Hassan, 31. Dia yang juga Jururawat Hospital UniSZA, berkata peluang yang diberikan itu cukup bermakna kerana berpeluang berkhidmat untuk nenek kesayangannya. Warga emas itu ditemani anak ketiganya, Azhari Mohd,...

Serahan sumbangan Kasih Aidiladha, penduduk zahir syukur

Oleh: Yat Abdullah Kota Samarahan, 19 Julai : PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Samarahan meneruskan lagi misi kebajikan pada kali ini dengan menyampaikan bantuan Tabung Bencana Covid 19 (TBC) PAS Sarawak dan juga infak daripada orang ramai yang telah berlangsung semalam, Ahad 18 Julai 2021. Justeru itu, seramai 50 buah keluarga di Kampung Baru dan Kampung Tanjong Bundong...

Program Outreach Suntikan Vaksin di Chucuh Puteri Manek Urai

KUALA KRAI, 18 Jul: YB Abdul Latiff Abdul Rahman mengambil peluang bersama YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Manek Urai turun ke Chucuh Puteri bagi meninjau proses pelaksanaan Program Outreach yang sedang berlangsung di sini, hari ini. Program ini adalah Program Outreach Suntikan Vaksin pertama yang dilaksanakan di DUN Manek Urai dan ke-5 di seluruh Parlimen...

Bantuan Bakul PeMulih untuk Masyarakat Cina dan India Kuala Krai

KUALA KRAI, 19 Jul: Ahlli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rhaman hari ini, berkesempatan menyerahkan bantuan PeMulih untuk masyarakat Cina dan India kepada Penghulu Cina dan India Parlimen Kuala Krai. Saudara Wee Eng Hoe (Penghulu Kaum Cina) dan Saudara Jaya Kumar (Penghulu Kaum India) mewakili kaum masing-masing di DUN Mengkebang, manakal bagi DUN Guchil...

Masyarakat Tionghua DUN Temangan terima sumbangan

TEMANGAN, 18 Jul: Sebahagian daripada 30 buah keluarga dari kalangan masyarakat Tionghua di Kg. Cina, Chekok Tok Cuba, menerima sumbangan makanan asas dari Pusat Khidmat DUN Temangan. Sumbangan tersebut telah disampaiakn oleh Penghulu Basharuddin dan pembantunya Saudara Ah Beng dengan menyantuni penerima di kediaman masing-masing. Pihak Pusat Khidmat ADUN Temangan akan berusaha meneruskan kerja-kerja yang telah diamanahkan...

ADUN Temangan bantu peniaga pasar tani

TEMANGAN, 19 Jul: ADUN Temangan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli hari ini menyampaikan bantuan kepada peniaga-peniaga pasar tani melalui Persatuan Peniaga Pasar Tani Machang yang terjejas akibat daripada pelaksanaan "Total Lockdown". Bantuan ini telah diagihkan kepada seramai 18 orang penerima di sekitar DUN Temangan. Dalam program yang sama, beliau turut menyampaikan Skim Kifaalah kepada 7 penerima...