Home Berita PAS Kelantan

ADUN Temangan bantu peniaga pasar tani

7
SHARE

TEMANGAN, 19 Jul: ADUN Temangan, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli hari ini menyampaikan bantuan kepada peniaga-peniaga pasar tani melalui Persatuan Peniaga Pasar Tani Machang yang terjejas akibat daripada pelaksanaan “Total Lockdown”.

Bantuan ini telah diagihkan kepada seramai 18 orang penerima di sekitar DUN Temangan. Dalam program yang sama, beliau turut menyampaikan Skim Kifaalah kepada 7 penerima di sekitar DUN Temangan.

Beliau berharap agar sedikit sumbangan dan bantuan diberikan ini dapat meringankan bebanan buat penerima dan keluarga. Proses penyampaian ini dilaksanakan secara walk-in dan tidak melibatkan sebarang perhimpuna.