Media sosial ‘platform’ utama penerangan
Oleh : YAT ABDULLAH Kota Samarahan, 28 Julai 2021 : Konvensyen Penerangan PAS Negeri Sarawak yang diadakan baru-baru ini menyeru semua ahli PAS Sarawak untuk menguasai media sosial bagi membantu menjelaskan tujuan dan dasar perjuangan PAS dengan mudah. Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraie dalam ucapan penutupnya di konvesyen anjuran Lajnah Penerangan dan Media PAS Sarawak. Konvensyen tersebut diadakan bagi menerangkan...
Misi Bantuan Di teruskan PKWR Dun Tanjung Dawai
Oleh AZMI YAHYA TANJUNG DAWAI, 29 Julai 2021 : Sumbangan dari pihak PKWR Dun Tanjung Dawai terus di pergiatkan di kawasan pendudok yang di kurantin akibat pendemik covid 19 di Dun Tanjung Dawai. Keadaan Covid19 semakin mengganas dan mengakibatkan mereka yang di kurantin terputus bekalan makanan. Adun Tanjung Dawai Yb Us Hanif Ghazali selepas kuliah dhuha online di Madrasah Zubaidiyah bersama...
INFO PERAK | Rayuan kecemasan segera sumbangan PKPD Medan Klebang Restu
Assalamualaikum wbt Rayuan KECEMASAN segera sumbangan PKPD Medan Klebang Restu Kami dari NGO Prihatin Rakyat dengan kerjasama NGO PKPI - Pertubuhan Komuniti Peduli Ipoh, ingin menyeru kepada seluruh masyarakat yg prihatin dengan ujian yg sedang dihadapi oleh saudara² kita di PKPD Medan Klebang Restu agar kita bersama² dapat menghulur bantuan kepada mereka. Kami mensasarkan kutipan sejumlah RM 30 Ribu untuk diagihkan kepada...
Tahniah YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad atas perlantikan Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)
TAHNIAH YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS AHMAD ATAS PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH (JKMR) Dewan Pemuda PAS Perak mengucapkan Tahniah kepada YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad atas perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang berkuat kuasa pada 15 Julai 2021 baru baru ini. JKMR mempunyai peranan yang sangat signifikan dalam usaha memastikan gejala rasuah dapat dibanteras sebaik...
Sekalung Tahniah YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
SEKALUNG TAHNIAH YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) daripada SPRM bermula daripada 15/7/2021 hingga 14/7/2024. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi agama dan negara. Siiru ala Barakatillah Ikhlas daripada: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
INFO PERAK | Selama bermunajat secara atas talian
MOHON PERTOLONGAN ALLAH SELAMA BERMUNAJAT Ada setengah pihak yang tidak percaya kewujudan Coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19. _____________________________________________- Tidak sehingga ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara dan jiran tetangga mereka dijangkiti pandemik tersebut. Kali ini bumi Selama telah dihujani serangan bertalu-talu oleh virus tersebut sehingga mencatatkan beberapa kematian dalam warga kita. :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Ada kalangan ahli keluarga kita bakal menempuh hari-hari yang perit, dijangkiti atau melihat yang tersayang...
INFO PERAK | RM125,000 Studio PdPR tuisyen Cikgu Saarani
IPOH: Sebanyak RM125,000 disalurkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi tujuan penyediaan studio Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad, inisiatif di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani tersebut bertujuan membantu warga pendidik menyediakan bahan-bahan PdPR. “inisiatif bertujuan membantu warga pendidik menyediakan kelengkapan bagi PdPR yang kini menjadi amalan norma baharu ekoran pandemik...
KARYA KREATIF | Pantun Beradab
Oleh : aisyahharis Ajaib karang di laut tenang Penyeri bumi sungai dan kali Aib orang jangan dicanang Aib sendiri jangan sekali Pohon kayu sibunga dedap Singgah sihelang tanpa sangsi Rumpun Melayu penuh beradab Resah hilang ditelan modenisasi Indah mawar di taman jiran Dipetik orang mana yang sudi Sudah belajar ikut ajaran Pasti senang untuk berbudi Kendi gangsa dibawa berjalan Tepi sempadan naik kuda Berbudi bahasa jadi amalan Untuk teladan generasi muda Terbang kedidi di dalam hutan Sambil...
Covid-19 Melaka | 10 kematian, 416 kes positif baharu
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 29 Jul: Sebanyak 10 kes kematian dan 416 kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKN Melaka, daripada 10 kes kematian baharu yang direkodkan hari ini, satu kes direkodkan di Daerah Alor Gajah dan masing-masing empat kes...
Nelayan Rhu Rendang dapat rumah baharu
Oleh:Aslam Wira MARANG, 29 Julai - Inisiatif 60 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Marang menginfaqkan sumbangan dengan menyambung bekalan elektrik rumah seorang nelayan Yusri Musa, 49 wajar dipuji. Ketua Teknikal TNB Marang, Ahmad Aswadi Lawi @ Ali berkata, pada masa sama turut menghulurkan kelengkapan rumah termasuk, dapur memasak, pengisar, periuk nasi serta barangan dapur "Sumbangan ini bukanlah yang pertama di...