Home Berita PAS Kedah

Misi Bantuan Di teruskan PKWR Dun Tanjung Dawai

49
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

TANJUNG DAWAI, 29 Julai 2021 : Sumbangan dari pihak PKWR Dun Tanjung Dawai terus di pergiatkan di kawasan pendudok yang di kurantin akibat pendemik covid 19 di Dun Tanjung Dawai. Keadaan Covid19 semakin mengganas dan mengakibatkan mereka yang di kurantin terputus bekalan makanan.

Adun Tanjung Dawai Yb Us Hanif Ghazali selepas kuliah dhuha online di Madrasah Zubaidiyah bersama team PKWR Dun Tanjung Dawai terus bergerak menyampaikan bakul makanan asas kepada mereka yang terjejas.

Antara 12 penerima bantuan adalah dari Kampung Bendang Dalam, Taman Lembah Bujang Fasa 3,Taman Lembah Bujang Fasa 5,Kampung Banggol dan Taman Merbok Permai.

Manakala pada sebelah petang pula sekali lagi Adun Tanjung Dawai Yb Us Hanif Ghazali bersama team bergerak menuju ke Taman Lembah Bujang Utama Fasa 5 dan Kampung Simpang Tiga Pasir menyampaikan sumbangan hasil dari aduan yang maseh diterima oleh pihak PKWR Dun Tanjung Dawai. Kali ini 9 penerima mendapat sumbangan dari Yb Us Hanif Ghazali.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai dan juru pandu yang membawa team PKWR ialah saudara Zam Azha Yaakob wakil pendudok Taman.