Home Berita PAS Perak

INFO PERAK | RM125,000 Studio PdPR tuisyen Cikgu Saarani

77
SHARE

IPOH: Sebanyak RM125,000 disalurkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi tujuan penyediaan studio Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad, inisiatif di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani tersebut bertujuan membantu warga pendidik menyediakan bahan-bahan PdPR.

“inisiatif bertujuan membantu warga pendidik menyediakan kelengkapan bagi PdPR yang kini menjadi amalan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 selain boleh dimanfaatkan bagi sesi taklimat serta E-sukan,” katanya.

Kesemua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Negeri Perak termasuk JPN akan disediakan dua studio bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, Dato’ Saarani turut menyampaikan cek bernilai RM15,000 kepada JPN bagi melaksanakan Majlis Sukan Sekolah Perak eChallenge 2021 melibatkan 24 jenis permainan sukan dalam talian.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, YB Ahmad Suaidi Mohamad Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB Khairul Shahril Mohamed.

Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]
Foto: Pejabat Menteri Besar