JAIM arah henti sementara aktiviti pengimarahan Masjid Kampung Hulu

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 30 Jul: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengeluarkan arahan agar Masjid Kampung Hulu menangguhkan sementara semua aktiviti pengimarahannya dengan mengambilkira situasi penularan Covid-19 tempatan. Menurut surat bertarikh 29 Julai yang ditandatangani oleh Ketua Bahagian Pengurusan Masjid JAIM, Mohammad Azli Ab Rahman, penangguhan ini berkuatkuasa mulai semalam sehingga 4 Ogos 2021. Kata surat itu lagi, aktiviti solat...

Khidmat untuk rakyat hidup lebih selesa

MARANG, 30 Julai - Rumah uzur keluarga Pak Rahmat yang tinggal di kampung Batangan, tinggal di rumah yang berlantaikan tanah, tidak mempunyai bilik, rumahnya serba dhaif di samping terpaksa menjaga ibu mertua yang sakit terlantar akibat stroke telah dibaik pulih, dibina bilik yang baru dan lebih selesa serta lebih selamat. Bermula Januari lalu, mereka dikunjungi oleh Pusat Khidmat Masyarakat...

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Terengganu tertinggi sejak 10 hari

Oleh : Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Terengganu terus mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 tertinggi dalam negara lebih 10 hari sejak 18 Julai lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya, berkata negeri Terengganu mendahului senarai dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25). Katanya, R-naught COVID-19 di Malaysia turut merekodkan peningkatan...

Bantuan segera untuk penduduk PKPD Kubang Palas

HULU TERENGGANU, 30 Julai - Seramai 236 keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong menerima bantuan segera berupa pek bakul makanan, baru-baru ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, bantuan bakul makanan itu bagi meringankan beban penduduk yang terlibat PKPD. Katanya, pelaksanaan PKPD Pentadbiran di kawasan berkenaan...

Atlet Olimpik Terengganu pecah rekod peribadi dalam Aksi pertama di Jepun

Oleh: Mohd Irsyadi Abu Bakar KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias memecahkan rekod peribadinya apabila mencatatkan masa 11.77 saat dalam pusingan kelayakan 100m wanita di Sukan Olimpik Tokyo, pagi ini. Pelari kelahiran Terengganu itu berada di tempat kedua, satu saat di belakang pelari Iran, Fasihi Farzaneh untuk layak ke pusingan pertama yang akan berlangsung pada jam 11.55...

Ketua Menteri pesan mahasiswa ke Al-Azhar, jaga nama baik Melaka

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 30 Jul: "Pakcik harap anda semua dapat menjaga diri dan nama baik Melaka sepanjang berada di perantauan dengan belajar bersungguh-sungguh." Demikian dinyatakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pagi tadi yang ditujukan kepada sembilan orang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar Mesir...

Rencana | Ke menara gading: Pilih kursus kerana kemampuan, minat atau status?

Oleh IBNU JANIE PENULIS difahamkan bahawa pada waktu ini kebanyakan Institut Pengajian Tìnggi (IPT) samada awam atau swasta telah pun mengeluarkan tawaran kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian di institut-institut mereka. Selepas keputusan SPM diumumkan pada 10 Jun lepas pelajar-pelajar telah mula memohon untuk menyambung pengajian di institut-institut pilihan mereka. Beberapa minggu lepas juga, penulis ada menulis sebuah rencana berjudul 'Keputusan...

TAZKIRAH | Dengan cinta kusebut nama-Mu..

Apa maksud Zikrullah? Zikrullah bukan hanya dengan  menyebut-nyebut kalimah-kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sebagainya. Zikrullah ialah segala perbuatan yang kita lakukan yang mampu mengingatkan dan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Orang yang ingat kepada Allah SWT dalam setiap tindakannya, bermakna hubungannya dengan Allah SWT amat dekat. Bila dekat hubungannya dengan Allah SWT maka dia dipelihara oleh Allah SWT...

Politiking untuk menyingkirkan Islam

Minda Presiden PAS POLITIKING UNTUK MENYINGKIRKAN ISLAM Politik Tunisia terkini yang sedang hangat dan panas, mengesahkan telahan banyak pihak bahawa hanya kerajaan Islam sekular sahaja yang diizinkan bergerak. Maka, sebarang perubahan yang menunjukkan hala tuju untuk kembali ke arah Islam akan dihalang. Dahulu pernah berlaku satu usaha rampasan kuasa di Turki yang telah gagal, tetapi modus operandinya pada hari ini adalah tetap...

DPP Jerlun santuni sukarelawan keselamatan kampung

JERLUN - Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun menyampaikan "Safety Vest" sumbangan  Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim kepada para sukarelawan keselamatan kampung bagi membendung penularan COVID-19 di Markas operasi Kampung Teluk Tui, Ayer Hitam, di sini. Ketua Pemuda PAS Jerlun, Ustaz Abdul Hadi Omar berkata sukarelawan terbabit membuat kawalan keselamatan dan sekatan sepanjang hari bagi mengawal pergerakan keluar-masuk kenderaan dan individu...