Home Berita PAS Kedah

DPP Jerlun santuni sukarelawan keselamatan kampung

29
SHARE

JERLUN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun menyampaikan “Safety Vest” sumbangan  Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim kepada para sukarelawan keselamatan kampung bagi membendung penularan COVID-19 di Markas operasi Kampung Teluk Tui, Ayer Hitam, di sini.

Ketua Pemuda PAS Jerlun, Ustaz Abdul Hadi Omar berkata sukarelawan terbabit membuat kawalan keselamatan dan sekatan sepanjang hari bagi mengawal pergerakan keluar-masuk kenderaan dan individu ke Kluster Dah Kuala Jerlun tersebut.

“Sukarelawan buat syif untuk buat kawalan keselamatan 24 jam, urusan penghantaran barang semuanya di sini (markas operasi) dan petugas akan hantarkan ke rumah-rumah yang memesan barangan itu,” katanya mengulas tugasan sukarlawan di sana.

Menurut Abdul Hadi, data isi rumah yang bergejala dan tidak bergejala jangkitan Covid-19 telah direkodkan oleh petugas markas operasi selain membuat pengesanan kepada individu yang cuba keluar secara sembunyi dari kluster tersebut.

Sejak hari pertama jangkitan Covid-19  sehingga kini telah mencecah 253 kes di kluster berkenaan,  turut menimbulkan kesukaran penduduk mendapatkan bahan mentah kerana kebanyakan kedai dan peniaga luar tidak beroperasi.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun melancarkan sumbangan derma untuk disumbangkan kepada sukarelawan serta pembelian bahan mentah seperti ayam dan ikan untuk diedarkan kepada penduduk di sana.

Mereka yang ingin membantu boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 02011010036876 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun. Sebarang pertanyaan dan pengesahan hubungi talian 016-4448506.