Home Rencana PAS Pahang

TAZKIRAH | Dengan cinta kusebut nama-Mu..

91
SHARE

Apa maksud Zikrullah?

Zikrullah bukan hanya dengan  menyebut-nyebut kalimah-kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sebagainya. Zikrullah ialah segala perbuatan yang kita lakukan yang mampu mengingatkan dan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Orang yang ingat kepada Allah SWT dalam setiap tindakannya, bermakna hubungannya dengan Allah SWT amat dekat.

Bila dekat hubungannya dengan Allah SWT maka dia dipelihara oleh Allah SWT daripada melakukan dosa dan maksiat dan terpelihara dari kesulitan dalam kehidupan.

Di antara amalan yang termasuk di dalam Zikrullah:

  1. Menuntut ilmu – untuk mendalami ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mempelajari apa kah perintah Allah SWT dan apakah larangan Allah SWT, mempelajari tentang hukum 5 iaitu halal,haram, sunah, makruh dan harus, serta mempelajari segala ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan agama.
  2. Solat, Puasa, Zakat dan Haji.
  3. Bersedekah dan Infak Fi Sabilillah.
  4. Membaca al-Quran dan tadabbur.
  5. Berdakwah – mengajak orang lain kepada Islam, menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar.
  6. Menyampaikan ilmu.
  7. Berjihad.
  8. Berdoa.
  9. Berzikir.
  10. Ingat mati.
  11. Sebarkan salam pada yang dikenali atau yang tidak dikenali.
  12. Berselawat.
  13. Mengambil wudhuk, mandi dan bersuci.
  14. Menghidupkan sunah Nabi SAW dalam kehidupan, makan dan minum, berpakaian, bergaul, tidur dan sebagainya.

Adab-adab zikrullah:

  1. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya.
  2. Menggunakan suara yang perlahan;

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas” (Al-A’raf: 55-56).

  1. Merasai kehebatan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah SWT.
  2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas.
  3. Berzikir dengan lafaz yang terdapat dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
  4. Tidak berzikir ketika qada hajat.
  5. Hati tidak lalai;

“Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Rad: 28)

“Wahai orang yg mempunyai jiwa yang tenang (mutmainnah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau meredhai (berpuas hati) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al Fajr: 27-30)

Di antara zikir-zikir terbaik Rasulullah SAW:

Wallahu a’lam.

Penyusun: FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN