Sanah Helwah Mursyidul Am PAS – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Pada tanggal 1 Ogos 1939 lahirnya seorang figura masyarakat yang diberi nama Tuan Guru Dato' Haji Hashim bin Jasin. Beliau merupakan Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS. Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor ingin mengucapkan Sanah Helwah kepada Tuan Guru Dato' Haji Hashim bin Jasin...

Sukarelawan PAPISMA Melaka berkhidmat di PPV Masjid Tun Khalil

Oleh SITI HAJAR JASIN, 1 Ogos: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Negeri Melaka sedia berkhidmat untuk kira-kira 420 orang penerima vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Tun Khalil, Asahan, pagi semalam. Menurut Pengurus Pentas PPV Masjid Tun Khalil, Dr. Mohd Hilmi Senin, jumlah petugas yang terlibat adalah seramai hampir 40 orang petugas perubatan dan bukan...

200 Penerima TBC di Parlimen Petra Jaya

OLEH : ILYAS AHMAD Petra Jaya, 31 Julai 2021 : Seramai 200 penerima di parlimen Petra Jaya menerima sumbangan berupa barangan dapur Tabung Bencana Covid(TBC) anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sarawak. Pengerusi TBC, Morshidi Harun berkata Petra Jaya merupakan kawasan terakhir diserahkan barangan sumbangan selepas menyampaikan barang sumbangan TBC di Beting Maro minggu lalu. Turut hadir menjayakan misi serahan sumbangan tersebut...

Sanah Helwah buat Mursyidul Am PAS yang ke-82

SANAH HELWAH Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat Dato’ Haji Hashim Bin Jasin DPSJ (PERLIS) MURSYIDUL AM PAS yang Ke - 82 "Ya Allah! Panjangkanlah umur sihatkanlah jasad, terangkanlah hati, tetapkanlah iman, baikkanlah amalan, luaskanlah rezeki, dekatkanlah pada kebaikan dan jauhkanlah dari kejahatan, kabulkanlah segala permintaan dalam pada agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." Ikhlas daripada, Badan Perhubungan PAS...

Bantu kerajaan di PPV cepatkan vaksinasi, bukan pergi demonstrasi – Jamarudin

Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 1 Ogos : Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamarudin Ahmad berpendapat adalah lebih baik anak-anak muda menjadi sukarelawan membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi di Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) daripada menyertai demonstrasi. Menurut beliau apa yang ditunjukkan oleh anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang membantu kerajaan di PPV adalah sesuatu yang sepatutnya diikuti oleh anak-anak muda sekiranya...

Hari ini dalam sejarah | Pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

1 OGOS 1955 (ISNIN) PADA hari ini dalam tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Parti Perikatan telah membentuk Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Kabinet itu berikutan kemenangan besar Perikatan dalam Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung pada 27 Julai 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pembentukan barisan Kabinet pertama ini terdiri daripada 10 orang Menteri,...

5 keluarga gembira dapat bakul PRIHATIN, tablet percuma

Oleh WAN SYAHIRAH WANGSA MAJU, 1 Ogos: 5 buah keluarga di Wangsa Maju menzahirkan kegembiraan selepas menerima bakul PRIHATIN dan tablet percuma semalam. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri). Bantuan berkenaan diberikan ketika menyantuni penduduk kurang kemampuan dan berpenyakit...

PH terus berpolitik, PN teruskan khidmat untuk rakyat

PH TERUS BERPOLITIK, PN TERUSKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT Program vaksinasi negara terus merekodkan prestasi terbaik menandingi rekod negara-negara lain. Kadar vaksinasi harian perkapita negara merupakan antara yang terpantas di dunia, perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaludin Abu Bakar dalam Sidang Khas Parlimen baru-baru ini. Hal ini memperlihatkan bahawa kesungguhan Kerajaan dalam melaksanakan...

Pena editor Melaka | Anak-anak muda inikah bakal memimpin PH di masa depan?

SAYA sempat menonton video dan foto-foto yang disiarkan media berkaitan perhimpunan haram 'Keluar dan Lawan' yang didalangi pembangkang semalam. Ramai pemimpin PH yang melahirkan rasa bangga dengan 'keberanian' anak-anak muda ini. Mereka kata bahawa anak-anak muda ini patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia. Malah ramai juga pemimpin PH yang datang ke perhimpunan itu memberikan sokongan. Kenyataan-kenyataan ini membuatkan saya rasa seram...

Petugas barisan hadapan terima bubur lambuk

ARAU, 1 Ogos: Para petugas barisan hadapan di negeri ini menerima sumbangan sajian petang bubur lambuk daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Arau semalam.