Home Berita PAS Sarawak

200 Penerima TBC di Parlimen Petra Jaya

28
SHARE


OLEH : ILYAS AHMAD

Petra Jaya, 31 Julai 2021 : Seramai 200 penerima di parlimen Petra Jaya menerima sumbangan berupa barangan dapur Tabung Bencana Covid(TBC) anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sarawak.

Pengerusi TBC, Morshidi Harun berkata Petra Jaya merupakan kawasan terakhir diserahkan barangan sumbangan selepas menyampaikan barang sumbangan TBC di Beting Maro minggu lalu.

Turut hadir menjayakan misi serahan sumbangan tersebut adalah Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang, Jabatan Amal dan jentera PAS Kawasan Petra Jaya.

Serahan sumbangan dilakukan secara serentak oleh jentera PAS Kawasan di ketiga-tiga dun di Parlimen Petra Jaya iaitu Dun N6 Tupong, Dun N7 Samariang dan Dun N8 Satok.

“Apa yang kita sumbang ini membuktikan PAS konsisten dalam negara berkebajikan di mana bukan sahaja kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu rakyat, tetapi kita sebagai rakyat membantu rakyat lain yang terkesan dan yang memerlukan,” seru beliau.