Home Berita PAS Wilayah

5 keluarga gembira dapat bakul PRIHATIN, tablet percuma

58
SHARE

Oleh WAN SYAHIRAH

WANGSA MAJU, 1 Ogos: 5 buah keluarga di Wangsa Maju menzahirkan kegembiraan selepas menerima bakul PRIHATIN dan tablet percuma semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri).

Bantuan berkenaan diberikan ketika menyantuni penduduk kurang kemampuan dan berpenyakit kronik di Taman Setapak Indah, PPR Sri Kedah dan Taman Melati.

YB Kak Nuri menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri atas kesudian untuk turun padang ke Parlimen Wangsa Maju.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Jabatan Amal Kawasan Wangsa Maju yang meluangkan masa dan tenaga dalam memastikan ziarah kita ini berjalan lancar.

“Kita harap bantuan yang disampaikan dapat meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan tatkala wabak sedang merebak,” ujarnya.

Beliau yang amat menitikberatkan kebajikan dan pendidikan anak-anak juga berharap agar bantuan tablet dapat membantu pendidikan anak-anak ini dan mengubah nasib keluarga dari kepompong kesusahan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud yang turut sama dalam lawatan berkenaan menyifatkan YB Menteri dan YB Senator sebagai dua tokoh pimpinan wanita yang giat bersama rakyat khususnya di Wangsa Maju.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, Mohd Nur Azmi Yusuf, Komandan Jabatan Amal Kawasan Wangsa Maju, Solahuddin Al-Ayubi serta Ketua Bersatu Bahagian Wangsa Maju, Mohammed Ridzal Ghazalee.