Home Berita PAS Melaka

Sukarelawan PAPISMA Melaka berkhidmat di PPV Masjid Tun Khalil

56
SHARE

Oleh SITI HAJAR

JASIN, 1 Ogos: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Negeri Melaka sedia berkhidmat untuk kira-kira 420 orang penerima vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Tun Khalil, Asahan, pagi semalam.

Menurut Pengurus Pentas PPV Masjid Tun Khalil, Dr. Mohd Hilmi Senin, jumlah petugas yang terlibat adalah seramai hampir 40 orang petugas perubatan dan bukan perubatan yang terdiri daripada sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kakitangan institusi milik Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pengurus Pentas PPV Masjid Tun Khalil, Dr. Mohd Hilmi Senin

“Alhamdulilah untuk hari pertama saya boleh katakan proses aliran lancar. Mungkin mula-mula tu memang akan ada sedikit hiccuplah sebab kita first time. Dan sebenarnya kita dapat kebenaran untuk buat PPV di masjid ni dua minggu sebelum ni.

“Jadi provided kekangan masa dan tenaga. Dan kita mensasarkan sebanyak 420 penerima vaksin hari ini. Setakat ini kita dah mencapai lebih kurang dalam almost 300 penerima vaksin pada pukul 1 tengahari,” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.

Terdapat sebilangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir memantau prosedur operasi standard (SOP) dan kelihatan sebuah ambulans disediakan sebagai persediaan jika berlaku hal- kecemasan.

Program Outreach PPV Masjid Tun Khalil yang berlangsung semalam telah bermula seawal jam 8 pagi dan selesai kurang lebih jam 6 petang.