Krisis Air : usah politikkan isu, tumpu selesai masalah

Oleh: Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 11 Ogos – Krisis air dihadapi dua daerah sejak isnin lalu sewajarnya tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya semua perlu memainkan peranan dalam membantu masyarakat terkesan, jelas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Menurutnya, punca masalah paip pecah tersebut sedang disiasat oleh agensi bertauliah seperti Syarikat Air Terengganu (SATU)...

Lagi 5,700 liter bekalan air bersih disumbang

Oleh: Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA NERUS, 11 Ogos - Sebanyak 5,700 liter bekalan air bersih telah diagihkan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Batu Rakit yang terjejas akibat terputus bekalan air baru-baru ini. Bekas Ahli Dewan Negara Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, sumbangan peribadi beliau tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka di lebih 600 buah rumah. “Dengan...

Bekalan air dijangka pulih berperingkat mulai sabtu ini

Oleh:Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 11 0gos – Pengguna yang terjejas dijangka akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat pada jam 12 pagi 14 Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, ia berdasarkan status proses pembaikan semasa dan tahap kesukaran yang ada. Katanya, kaedah ‘clamp’ merupakan penyelesaian paling menjimatkan masa iaitu selama...

Contohi semangat Hijrah Rasul – Exco Dakwah

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 11 Ogos: Tema sambutan Hijratul Rasul 1443H, “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti” bertepatan dengan situasi semasa yang wajar dicontohi semua lapisan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan kenyataan tersebut dengan mengingatkan tentang peristiwa hijrah mengajar kepada kita bahawa tiap-tiap orang yang beriman itu akan...

Program vaksin komuniti bantu percepat sasaran Fasa 4 PPN

KANGAR, 11 Ogos: Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggerakkan program vaksin komuniti dilihat mampu mempercepat usaha negeri ini untuk beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan kali yang ke 16/2021 yang bersidang pada 02 Muharam 1443H bersamaan 11 Ogos 2021 bersetuju dengan ketetapan berikut; 1. Kerajaan Negeri sentiasa menghargai peranan imam dan bilal di negeri Kelantan dalam usaha memartabat agama Islam dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan utama kepada masyarakat. Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pemberian elaun tambahan...

Bantuan Kuarantin kepada Warga Kuala Krai

KUALA KRAI, 9 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkesempatan menghantar bantuan untuk mereka yang terjejas akibat dikenakan perintah kuarantin di Batu Jong. Abdul Latiff berkata, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai (KRAiTiFF) melalui penghulu seluruh kawasan parlimen Kuala Krai akan sentiasa mengambil berat dan menghantar segera bantuan kepada yang di kuarantin. "Untuk bulan Julai 2021, sebanyak...

Program Outreach Dos Ke-2 Chenulang

KUALA KRAI, 9 Ogos: Program Outreach dos ke-2 di mukim Chenulang telah berlangsung sejak 8 Ogos lalu dan program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Chenulang. Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abd Rahman mengambil kesempatan meninjau proses perjalanan program tersebut. Pada program kali ini, sebanyak 679 dos vaksin termasuk 19 dos secara mobile berjaya di suntik. Abdul Latiff ketika...

Tidak Tunggu Kibaran Bendera Putih | TBC PAS Batu

TIDAK TUNGGU KIBARAN BENDERA PUTIH Oleh: Ramizah Rahmad 10 Ogos 2021 BATU : PAS kawasan Batu tidak menunggu kibaran bendera putih dari rakyat untuk turun menyalurkan bantuan, sebaliknya terus komited mencari maklumat berkenaan golongan terjejas menerusi Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC). Sumbangan berupa barang keperluan dapur telah disalurkan secara terus kepada 7 buah keluarga yang terkesan akibat Pendemik Covid-19 di sekitar Parlimen...

Lawatan Exco Belia dan Sukan Kelantan ke PPV Dabong

KUALA KRAI, 10 Ogos: YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Majlis Daerah Dabong, semalam. PPV Dabong ini telah mula beroperasi sejak bulan Jun yang lalu dengan memberikan suntikan vaksin kepada kira-kira 250 orang sehari secara purata dan kadang-kadang melebihi 300...