Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Kumpulan wanita pertama ditauliahkan menjadi ahli bomba

644
SHARE

9 JANUARI 1991 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1991, sekumpulan wanita pertama di negara ini telah berjaya ditauliahkan sebagai anggota bomba.

Upacara penyampaian sijil telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Haji Ahmad Hassan Osman.

Kesemua 39 anggota bomba wanita yang pertama diambil untuk menjalani latihan asas kebombaan di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Baharu selama empat bulan setengah.

Dalam ucapannya di acara perbarisan tamat latihan asas kebombaan, Tuan Haji Ahmad Hassan Osman memuji kemampuan 39 anggota bomba wanita itu dalam menjalankan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki sahaja.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

Ini jelas menunjukkan bahawa wanita juga tidak kurang cekapnya dalam mengendalikan tugas-tugas yang merbahaya dan mencabar.

Katanya lagi, di samping tugas hakiki mereka untuk memadam kebakaran, anggota wanita ini juga akan memikul tugas yang berat sebagai kumpulan penyebar maklumat pencegah kebakaran dalam kalangan suri rumahtangga dan kanak-kanak sekolah.

Sesungguhnya dengan kejayaan 39 orang wanita dalam menjalani asas kebombaan ini, diharap dapat menggalakkan lagi kaum wanita lainnya terutama generasi baru untuk bersama-sama menggembleng tenaga bersama kaum lelaki dalam usaha-usaha memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat seluruhnya.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia