Home Artikel PAS Pahang

YB Jengka teruskan bantuan banjir ke Dun Jenderak dan Kerdau

257
SHARE

KUALA KRAU, 9 Jan : YB Ust Shahril Azman ADUN Jengka merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Krau ke Balai Islam Kampung Jenderak yang berada dalam MTD Jenderak untuk membantu Skuad Cakne Rakyat dalam mengumpulkan bekalan bantuan daripada NGO Iman Care untuk mangsa banjir di dalam Dun Jenderak.

Turut bersama Pengerusi Cakne Rakyat En.Shafie Md Esa, Pengerusi Kebajikan PAS Kawasan Kuala Krau En.Engku Nurzaman Engku Mohammad dan Hj.Abd Aziz Abd Rahman Pengarah MTD Jenderak.

Selepas itu YB Ust Shahril Azman ke Dewan Darul Hikmah untuk menerima sumbangan banjir daripada NGO Masjid Al-Munawaroh dari Seksyen 27, Shah Alam Selangor.Turut bersama Ustaz Kamal Ashaari Timbalan YDP PAS Kuala Krau dan Pengarah MTD Kerdau Hj.Saharudin Salleh menerima sumbangan tersebut

Jumlah keseluruhan sumbangan bantuan banjir yang diterima mencecah hampir RM20,000 kepada MTD Jenderak dan MTD Kerdau.

” Setinggi kesyukuran kepada pihak luar yang jauh kerana sudi datang membantu dalam masa banjir ini ” ujar YB Ustaz Shahril Azman.