Home Artikel PAS Pusat

PRU 15 Pramatang

380
SHARE

PRU 15 Pramatang

PAS mengikuti dengan serius penambahan kes Covid-19 di seluruh negara sejak akhir-akhir ini. Kami juga sedia maklum dengan peranan besar kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang pandemik ini. Jumlah kes baru dan jumlah kematian harian mendukacitakan kita semua.

Pada masa yang sama, kami bersetuju bahawa Covid-19 ini sudah berada di dalam komuniti. Ramai yang positif tanpa disedari telah merebakkan virus ini kepada yang lainnya. Justeru, tiada cara untuk mengekangnya melainkan kita sendiri mengamalkan SOP yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lajnah Kesihatan PAS Pusat memandang serius usaha sesetengah pihak mendesak untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 15 lebih awal. PRU hanya akan memburukkan lagi suasana pandemik Covid-19 yang sudah pun kritikal itu.

Justeru Lajnah Kesihatan PAS Pusat menggesa agar sebarang usaha ke arah Pilihanraya Umum ke 15 yang pramatang hendaklah di tolak sehingga perebakan Covid-19 lebih terkawal atau sasaran vaksinasi telah tercapai.

Pada masa yang sama, kami ingin mencadangkan agar semua parti politik supaya mengurangkan suhu politik dalam negara dan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam memerangi pandemik ini.

Dr Mohd Mazri Yahya Lajnah Kesihatan PAS Pusat