Home Berita PAS Kedah

HI-TEA JPKK bersama ADUN Ayer Hitam

101
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 4 Feb – Yang Berhormat Cikgu Azhar Ibrahim bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ayer Hitam mengadakan majlis Hi-Tea bersama 31 wakil JPKK DUN Ayer Hitam, baru-baru ini.

YB Azhar Ibrahim berkata tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memastikan setiap JPKK mendapat maklumat berkenaan mengenai pencapaian dan perkembangan negeri kita sepanjang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan juga segala bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri yang layak dipohon oleh penduduk Ayer Hitam.

“JPKK merupakan institusi yang penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kampung ke arah yang lebih sejahtera”.

“JPKK memainkan peranan yang besar dalam memastikan kesejahteraan kawasan DUN Ayer Hitam. Kita juga berperanan dalam menjadikan rakyat kita, rakyat yang cintakan ilmu, bina iman, dan hidup dengan sejahtera. Orang senang hidup sejahtera, orang susah pun hidup sejahtera,ujar YB.

Sesi soal jawab juga turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul berkaitan dengan kawasan dan penduduk di Dun Ayer Hitam

Tambah beliau lagi,semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam memastikan kesejahteraan di DUN Ayer Hitam.