Home Berita PAS Pulau Pinang

Timbang semula penempatan pekerja asing di Teluk Kumbar

296
SHARE

KEPALA BATAS, 5 FEBRUARI – Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti hilang pedoman apabila sanggup meluluskan sebuah projek penempatan pekerja asing di kawasan padat penduduk tempatan melayu di Teluk Kumbar, Bayan Lepas. Adakah Kerajaan Pulau Pinang tutup mata terhadap impak dan kesannya?

Sekurang-kurangnya 3 masalah besar jika projek tersebut diteruskan :

Pertama, keamanan penduduk tempatan terjejas. Anggaran 35,000 pekerja asing yang akan mendiami kawasan itu merupakan suatu jumlah yang besar. Masalah trafik pada waktu puncak di samping impak sosial seperti jenayah dan penyakit berjangkit.

Kedua, halangan penguasaan sosiopolitik setempat. Kepimpinan setempat terbeban kerana terpaksa mengambil kira warga asing yang mendiami kawasan yang sama. Dengan jumlah yang besar, kemungkinan wujud sebuah komuniti warga asing yang memiliki sosiopolitiknya tersendiri. Warga setempat tidak bebas membuat keputusan mereka.

Ketiga, pemain ekonomi (towkays) dilihat mendapat layanan istimewa daripada kerajaan negeri manakala masyarakat tempatan bumiputera seolah-olah sengaja dipinggirkan. Fokus kerajaan negeri sepatutnya tertumpu kepada bottom billion, bukannya kepada towkays besar sahaja yang memikirkan keuntungan semata-mata.

Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa menimbang semula keputusan menempatkan pekerja asing di kawasan padat penduduk tempatan dan meneroka kawasan-kawasan lain yang lebih sesuai.