Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Hari Polis: Bersama Tingkatkan Integriti

1012
SHARE


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Hari Polis: Bersama Tingkatkan Integriti

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-214 bertarikh 25 Mac 2021 hari ini.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.” (Al-Qasas : 26)

Pendedahan Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara bahawa wujudnya kartel atau gerakan dalaman yang ingin menjatuhkan beliau adalah sangat-sangat mengejutkan. Ini adalah perkara yang sangat tidak wajar dan perlu diberi perhatian serius dan diambil tindakan.

Untuk itu, PAS mendukung setiap usaha yang dilakukan untuk mengangkat nilai integriti dalam kalangan penjawat awam, pihak berkuasa termasuklah kepimpinan negara.

Negara yang berdaulat mesti ditadbir oleh mereka yang berprinsipkan Al-Qawiy (kompeten) dan Al-Amin (berintegriti). Integriti di dalam Islam merangkumi seluruh aspek kejadian manusia termasuk iman, amal soleh dan akhlak yang mulia. Di samping itu, peribadi yang yakin akan perhitungan dosa pahala serta beriman dengan Hari Akhirat.

‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Mac 2021 | 11 Syaaban 1442