Oleh: Sumayyah Ahmad
MASJID TANAH, 8 Feb : Setelah tiga minggu melaksanakan pembelajaran di rumah secara dalam talian bagi tahun 2021, hari ini murid-murid PASTI Harun Ar Rasyid telah mula melangkah semula ke PASTI bagi meneruskan pembelajaran secara bersemuka.
Pengoperasian semula PASTI secara bersemuka ini adalah berdasarkan kelulusan Kementerian Pertahanan Malaysia dan memorandum pengoperasian semula PASTI daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Hal ini bertujuan memaksimakan penyampaian ilmu dan membantu penjaga mengawasi murid kerana terpaksa untuk bekerja walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terdahulu, guru-guru PASTI di sini membuat perancangan menyediakan ruang serta pelan bilik darjah mengikut SOP yang telah ditetapkan termasuklah memperbaiki semula SOP yang telah sedia ada.
Murid-murid yang kelihatan sangat ceria dapat bertemu semula dengan guru serta rakan-rakan lain itu terlebih dahulu diperiksa suhu semasa mula menjejakkan kaki ke premis PASTI ini selain perlu memakai pelitup muka bagi mengelakkan sebarang jangkitan Covid-19.
Di samping itu, murid-murid yang mempunyai gejala batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk hadir ke PASTI.