Home Berita PAS Melaka

YDP PAS Tangga Batu puas hati pembukaan PASTI ikut SOP

352
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 8 Feb: Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin melahirkan rasa puas hati kerana pembukaan semula PASTI di sekitar Tangga Batu berjaya mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya melahirkan perasaan syukur dan berpuas hati kerana hasil tinjauan yang dilakukan mendapati pembukaan semula PASTI pada hari ini berjalan lancar dengan mengikuti segala SOP yang ditetapkan.

“Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru PASTI kerana telah bekerja keras bagi memastikan segala SOP dapat dipatuhi oleh pelajar,” ujar Bakri ketika mengadakan lawatan pemantauan pematuhan SOP di beberapa buah PASTI di sekitar Tangga Batu.

Tambahnya lagi, beliau turut melahirkan syukur kerana meskipun masih dalam menghadapi pandemik Covid-19, namun jumlah PASTI di Tangga Batu semakin bertambah daripada hanya 15 buah pada tahun lepas, bertambah menjadi 20 buah pada tahun ini.

Untuk rekod, dari segi bilangan murid yang mendaftar bagi PASTI kawasan ini juga menunjukkan peningkatan daripada 1116 orang pada tahun lepas meningkat kepada 1200 orang pada tahun ini.