Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Zubir Ali meninggal dunia

270
SHARE

6 MAC 2009 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 2009, penulis dan penyanyi lagu puisi, Zubir Ali, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan pemintasan jantung.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Balada Seorang Gadis Kecil, dilahirkan di Alor Setar Kedah pada 18 Oktober 1949. Beliau menerima pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Setar, dan Kolej Islam Klang.

Zubir Ali (Kredit foto : Google)

Allahyarham melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan di UiTM, Shah Alam.

Langkah beliau dalam bidang seni bermula pada tahun 1973 dengan penubuhan kumpulan Harmoni. Bersama Harmoni, Allahyarham merakamkan dua album iaitu Penantian dan Nyanyian Ombak.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham memadamkan, kilauan sebutir bintang yang menyinar dalam industri seni tanah air.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia