Home Artikel PAS Melaka

Terkini : Ketua Menteri Melaka tiba untuk majlis solat Hajat setahun kerajaan PN Melaka

547
SHARE

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 6 Mac : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali baru sahaja tiba di Masjid Cina, Krubong, di sini, sebentar tadi bagi majlis solat Hajat sempena sambutan setahun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka.

Beberapa orang lagi pimpinan utama PAS dan Bersatu negeri Melaka turut kelihatan antaranya Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, dan beberapa orang lagi pimpinan lain.

Berdasarkan maklumat yang diterima Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi, tiada sebarang ucapan oleh mana-mana tokoh di dalam majlis ini dan hanya melibatkan ritual agama sahaja.