Home Artikel PAS Pahang

PASTI Pahang Anjur Kursus Nurul Quran

327
SHARE

BANDAR JENGKA: PASTI Pahang telah menganjurkan Kursus Online Pengajaran Nurul Quran untuk guru-guru baru PASTI di sini hari ini. Kursus yang berlansung selama setengah hari ini melibatkan 170 orang guru di seluruh Negeri Pahang.

Pengisian kursus bertumpu kepada pengenalan kaedah mengajar subjek Nurul Quran bagi guru-guru yang baru berkhidmat di PASTI seluruh Pahang. Pengisian telah disampaikan oleh Puan Siti Mariezatul bt Mat Saad selaku Jurulatih Utama Nurul Quran PASTI Pahang.

Pengarah PASTI Pahang, Ustaz Danial bin Abdul Aziz juga hadir memantau perjalanan kursus secara maya kali ini dan turut menyampaikan ucapan penutup pada akhir majlis.

“PASTI Pahang sentiasa komited dalam memartabatkan pengajian Quran di dalam kurikulum PASTI dan ini juga antara sebab kita menamakan PASTI sebagai “Pra Tahfiz PASTI” di seluruh Negeri Pahang,” ujarnya.

“Sebagaimana Bulan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar dimuliakan kerana turunnya Al-Quran, kita juga ingin memperkenalkan asas pengajian Quran melalui kaedah Nurul Quran kepada murid-murid PASTI agar keberkatan dan kemuliaan Al-Quran itu dapat dicapai di dalam institusi PASTI itu sendiri.

“PASTI Pahang juga mengucapkan selamat datang kepada guru-guru PASTI yang baru berkhidmat ke dalam keluarga besar PASTI Pahang. Berkhidmat lah dengan seikhlas hati dan mengharapkan keredhaan hanya dari Allah,” akhiri beliau.

Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Unit ICT, Multimedia dan Penerbitan PASTI Pahang ini juga buat julung kalinya bersiaran secara lansung di studio ICT PASTI Pahang di Bandar Jengka.

Disediakan oleh Unit ICT, Multimedia dan Penerbitan PASTI Pahang.