Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Yang di-Pertuan Agong rasmi Kompleks MAIM

192
SHARE

24 FEBRUARI 2007 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 2007, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, berkenan merasmikan Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bukit Palah, Melaka.

Bangunan bernilai RM13.8 juta yang dibina kawasan seluas 1.259 hektar di hadapan Masjid Al-Azim ini, bakal menempatkan seluruh pentadbiran agama Islam bagi negeri Melaka.

Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Permaisuri Agong

Bangunan yang mula dibina pada 2005 ini, direka bentuk bercirikan seni bina Melayu dan diadun dengan konsep seni geometrik Islam.

Bangunan ini turut dilengkapi dengan enam kubah bagi menggambarkan kekuatan Rukun Iman.

Bangunan setinggi empat tingkat ini akan menempatkan pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Mufti Negeri.

Kompleks MAIM

Dengan adanya kompleks MAIM ini, penempatan pentadbiran di bawah satu bumbung dapat dilaksanakan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat Islam semasa mendapatkan perkhidmatan dan berurusan dengan agensi-agensi Islam lain yang terletak berhampiran dengan kompleks ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia