Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 427 kes sembuh baharu

248
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 23 Feb : Sebanyak 427 kes sembuh baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, sehingga hari ini masih terdapat 353 kes lagi yang masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC, termasuk sembilan kes ICU sementara empat kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah laporan itu, sebanyak 22 kes baharu telah direkodkan di Negeri Melaka hari ini, dengan 21 daripadanya adalah kes tempatan dan satu lagi kes Import B.

Menurut JKNM lagi, berdasarkan daerah, daripada 22 kes itu juga, 11 kes dikesan di Melaka Tengah, tujuh kes dikesan di Jasin dan empat kes lagi dikesan di Alor Gajah hari ini.

JKNM dalam laporan itu juga mengisytiharkan Kluster Dialisis Malim tamat hari ini sementara kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Tembok Kemus, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Teknologi Berendam dan Kluster Teknologi Lot Enam.

Kata laporan itu lagi, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor, Kluster Jalan Gombak dan Kluster Perindustrian Cyber Senai.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 15 mukim berada di zon hijau, 16 mukim lagi berada di zon kuning sementara tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, sembilan zon hijau; 19 mukim di dalam zon kuning; tiada mukim di dalam zon jingga; dan satu mukim dalam zon merah iaitu mukim Batu Berendam (54 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, 12 mukim adalah di dalam zon hijau; lapan lagi adalah dalam zon kuning; tiada mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (80 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2468 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 932 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 428 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 288,229 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.