Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perjanjian kemerdekaan Rembau

364
SHARE

28 JANUARI 1832 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1832, perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu Rembau, Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau manakala Robert Ibbetson, Residen bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mewakili pihak Inggeris.

Di dalam perjanjian ini, Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan jajahan takluknya.

Kerajaan Inggeris dan Rembau juga bersetuju mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan.

Selain itu, sekiranya berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di dalam kawasan pihak Inggeris, pihak Rembau hendaklah merujuk perkara tersebut kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat dan jika sabit kesalahan, mereka akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya.

Perjanjian hari ini telah membatalkan semua perjanjian yang dibuat terdahulu di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris. Dengan termaktubnya perjanjian ini, Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia