Home Artikel PAS Melaka

JAIM keluar senarai hotel di Melaka ada Sijil Halal Malaysia

696
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 28 Jan : Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebentar tadi telah mengeluarkan satu senarai terkini hotel-hotel di dalam negeri Melaka yang memiliki Pensijilan Halal Malaysia.

Menurut senarai yang dikeluarkan itu, bagi daerah Melaka Tengah, hotel-hotel tersebut ialah Ayer Keroh D’Village Sdn Bhd, Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh Country Resort, Bayou Lagoon Park Resort Sdn Bhd, Bayview Hotel, Casa Bonita Hotel, Estadia Hotel, Hatten Hotel (Melaka) Sdn Bhd.

Juga di dalam senarai itu ialah Hatten Place Sdn Bhd, Holiday Inn Melaka Hotel, Hotel Ames, Hotel Balik Pulau Sdn Bhd, Hotel Kobemas, Hotel La Crista, Hotel Metrasquare, Hotel Pantai Puteri, Hotel Sentral Riverview Melaka Sdn Bhd.

Selain itu ialah Hotel Seri Costa, Hotel Seri Malaysia Melaka, Ibis Hotel, Imperial Heritage Hotel, Kings Green Hotel, Kings Hotel Melaka, La Boss Hotel Sdn Bhd, Marvelux Sdn Bhd, MITC Hotel, Mudzafar Hotel, Novotel Melaka, Rosa Hotel, Swiss Garden Hotel Melaka, Temasek Boutique Hotel Sdn Bhd, The Straits Hotel and Suites, Tun Fatimah Riverside Hotel dan World Youth Hotel.

Sementara itu bagi daerah Alor Gajah pula dua buah hotel telah tersenarai iaitu A’Famosa Resort Hotel Sdn Bhd dan PNB Ilham Resort, sementara bagi daerah Jasin pula tiada hotel di Daerah Jasin yang memiliki Pensijilan Halal Malaysia.

JAIM membuat kenyataan ini dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

JAIM di dalam hantaran yang sama turut menitipkan beberapa nasihat kepada seluruh umat Islam dalam soal memilih yang halal dalam penggunaan seharian.

“Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai barang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat.

“Justeru itu, kewajipan menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian.

“Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168.

“Ertinya: ‘Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” ujar hantaran Facebook tersebut.