Home Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

466
SHARE

5 OGOS 1957 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1957, lagu Terang Bulan, Lagu Kebangsaan Negeri Perak telah dipilih sebagai Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pemilihan lagu kebangsaan ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Empat buah lagu telah layak ke peringkat pemilihan akhir lagu-lagu kebangsaan.

Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Pemilih telah memutuskan untuk memilih Lagu Kebangsaan Negeri Perak sebagai Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka.

Pemilihan dibuat berdasarkan unsur-unsur kemelayuan yang terdapat pada lagu Terang Bulan.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa pemilih kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan.

Lagu Kebangsaan buat pertama kalinya telah diperdengarkan kepada khayalak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia