Home Artikel PAS Johor

Catatan Doktor: Lafaz akhir, pakcik…mengucap ya!

482
SHARE

Gambar Hiasan

 

Oleh : Dr Amir Al Amin

TERIMA ‘ passover ‘ seorang pesakit umur 70an, dengan sejarah penyakit buah pinggang (dialisis) dan jantung lemah.

Keadaan pakcik semakin merosot sepanjang shif aku malam itu.Tekanan darah optimum hanya dapat dicapai dengan tiga ‘inotrope‘, kadar bacaan ‘acid‘ dalam badan yang semakin bertambah, rentak jantung yang laju dan tidak normal walaupun pelbagai rawatan resusitasi telah diberikan.

Sebelum intubasi diteruskan, aku memanggil seorang waris anaknya, diterangkan kondisi ayah yang semakin merosot. Harapan keluarga tinggi diletakkan di atas bahu kami.

Aku benarkan anaknya untuk berjumpa sebelum pakcik ‘ditidurkan’ dan beliau pun mencium dahi ayah dan berlalu pergi dengan mata berkaca…

” Doa yang terbaik buat ayah” ujarku.

“Pakcik…mengucap ye! Allah…! Allah…!” ucapku ke telinga pakcik.

“Allah..!Allah..!” bergetar suara pakcik lemah dengan dada berombak kencang bernafas.

“Alhamdulillah!” berjaya ‘intubate‘ dengan sekali cubaan kurang dari 10 saat dengan bantuan ‘video laryngoscope‘…
seterusnya ‘post intubation care‘ diteruskan beserta pakcik disambungkan dengan bantuan mesin pernafasan.

Segalanya kini diserahkan kepada Allah. Team kami telah berusaha sedayanya bersama-sama dengan bantuan team ‘medical‘ dan ‘anesthesia‘.

Bersyukur juga kerana pakcik masih mampu mengingat Allah di saat kritikal yang itu barangkali perkataan terakhirnya… kita tidak tahu.

Tanpa sedar pagi pun menjelma… kini ku serahkan pakcik untuk dijaga rapi oleh sahabat shif pagi…

…………

Keesokannya aku menyemak komputer untuk melihat ‘progress‘ pesakit ku itu…
Tiada rekod kemasukan ke wad/ICU, maklumat menunjukkan semuanya berakhir di kecemasan.

Maka tahulah aku yang pakcik telah pun meninggal dunia.

Al Fatihah…

Kita hanya berusaha, Allah penentu segalanya.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah) maka baginya atau dia berhak untuk dimasukkan ke dalam syurga.”

[Riwayat Abu Daud]
[sanadnya adalah hasan menurut Imam al-Nawawi]

Moga syurga buat beliau. Amin.

#sayangmakabah
#sayangsemua
#Allahsayangkita

Penulis adalah seorang Pegawai Perubatan yang kini bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan.