Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Peletakan batu asas Masjid Negara

564
SHARE

27 FEBRUARI 1963 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1963, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail berkenan mencemar duli meletakkan batu asas Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Reka bentuk Masjid Negara yang bakal dibina ini mengandungi ciri-ciri yang berunsurkan senibina Islam yang bersulamkan unsur-unsur seni tempatan dan diolah secara moden oleh arkitek tempatan, Encik Baharudin Abu Kassim.

Sesungguhnya pembinaan Masjid Negara ini bukan sahaja dapat memberi kemudahan kepada rakyat untuk melaksanakan ibadah malah menjadi lambang keagungan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail