🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Titi Baharu Untuk Kemudahan Orang Ramai

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Hasil muafakat dan gotong royong tenaga sukarelawan PAS bersama penduduk setempat telah berjaya membangunkan semula sebuah titi baharu untuk kemudahan orang ramai.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Dungun, Cikgu Alias Harun berkata jambatan kecil di Kampung Kuala Jengal itu telah runtuh dilanda banjir pada musim tengkujuh, akhir tahun lepas.

“titi tersebut adalah laluan utama penduduk di sini untuk menyeberang ke jalan utama, bagi mencari rezeki dan urusan seharian.

“Jambatan kecil baharu ini telah dibina dengan tinggi 10 kaki dan panjangnya 60 kaki,

“inshaaAllah dapat mengelakkan berlaku kejadian yang sama sekiranya ketika banjir melanda pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Bukit Besi, Ustaz Ghazali Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

“penyumbang tenaga utama ini ialah anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), selain ahli Kelab Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT) dan penduduk setempat,

“kepala kerja ialah PAS Cawangan dan Alhamdulillah, kita berjaya memenuhi hasrat penduduk untuk mendapatkan titi kayu yang baharu memandangkan yang lama telah rosak teruk,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️