Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Operasi pembersihan Komunis di Lembah Belum ditamatkan

429
SHARE

16 MAC 1952 (AHAD)

PADA hari ini dalam tahun 1952, operasi besar-besaran menentang pengganas-pengganas komunis yang menguasai Lembah Belum di Hulu Perak, ditamatkan.

Dalam operasi tersebut, Lembah Belum yang dijadikan sebagai pusat bekalan makanan bagi Ulu Perak oleh pengganas komunis, telah dimusnahkan.

Pengganas-pengganas komunis telah menguasai Lembah Belum sekitar pertengahan tahun 1951.

Di kawasan tersebut terdapat sebelas buah kampung Melayu. Kedudukannya yang terpencil memudahkan kampung-kampung ini dikuasai oleh pengganas komunis.

Selama setahun pengganas komunis bermaharajalela dan memutuskan segala perhubungan kampung-kampung itu dengan dunia luar. Pengganas komunis juga telah mengenakan sistem percukaian padi dan memaksa penduduk menanam padi huma sebagai bekalan makanan anggota-anggota mereka.

Operasi secara besar-besaran ini dijalankan dengan kerjasama pihak Polis, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan anggota Kelab Udara Diraja serta para pegawai kerajaan dari Kelantan.

Skrip : Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

KOMEN EDITOR : Komunis bukan pejuang kemerdekaan. Mereka adalah penjajah sama seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Kalau mereka berjaya menjajah negara kita dahulu mungkin kita sekarang hidup macam rakyat Korea Utara. Nauzubillah!