Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Muzium Melaka dihadiahkan keris Pengisytiharan Kemerdekaan

410
SHARE

17 JANUARI 1985 (KHAMIS)

PADA hari ini dalam tahun 1985, Bapa Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyerahkan keris kesayangannya ‘Keris Pengisytiharaan Kemerdekaan’ kepada Muzium Peringatan Kemerdekaan Negeri Melaka.

Keris itu disampaikan sendiri oleh YTM Tunku kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Abdul Rahim Tamby Chik.

Tunku Abdul Rahman sedang menjulang Keris Pengisyriharan Kemerdekaan (Kredit foto : FB Arkib Negara Malaysia)

Selain keris, YTM Tunku juga menyerahkan potret beliau yang dilukis oleh P.Y.Yong pada tahun 1955 untuk diabadikan di muzium ini.

Kerajaan negeri Melaka berhasrat memberi penghargaan kepada YTM Tunku untuk merasmikan muzium ini yang dijangka pada bulan Ogos nanti.

Penyerahan artifak bersejarah koleksi peribadi YTM Tunku ini dapat mengimbau semula detik-detik pengisytiharan kemerdekaan Negara.

Muzium Peringatan Kemerdekaan Negeri Melaka dibina bukan sahaja bertujuan memperingati kemerdekaan Negara tetapi sebagai monumen untuk memupuk dan mewujudkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan rakyat khususnya kepada generasi muda.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Keris Pengisytiharan Kemerdekaan (Kredit foto : FB Arkib Negara Malaysia)