Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Enakmen no. 11 Askar Melayu diluluskan

259
SHARE

Enakmen No 11 Askar Melayu diluluskan sebagai perintis kepada kepada Kompeni Percubaan Askar Melayu

23 JANUARI 1933 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1933, Enakmen No.11 diluluskan di dalam Majlis Undangan Persekutuan. Enakmen ini juga dikenali sebagai Enakmen Rejimen Askar Melayu kerana ia membawa kepada penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu.

Enakmen No.11 yang diluluskan ini adalah hasil usaha beberapa orang pemimpin Melayu antaranya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhamad Ibni Almarhum Yam Tuan Antah, Sir Raja Chulan (Raja di Hilir Perak) dan Dato’ Abdullah Hj. Dahan (Undang Rembau).

Askar Melayu (Kredit foto : Google)

Rejimen percubaan Askar Melayu yang ditubuhkan melalui Enakmen No.11 ini bermula dengan pengambilan 25 orang rekrut daripada lebih 1000 orang anak Melayu yang memohon.

Mereka kemudian dilatih di Port Dickson di bawah Pegawai Pemerintahan Mejar General Mills Bruce. Enakmen ini juga mengandungi perkara-perkara mengenai disiplin dan peraturan-peraturan Rejimen Melayu.

Antaranya pada Bahagian Pertama Enakmen ini mengandungi 56 perkara mengandungi soal disiplin seperti perbuatan jenayah, melarikan diri, tidak hadir tanpa mengambil cuti, mabuk semasa bertugas, membuat kenyataan palsu dan memalsukan dokumen-dokumen dan lain-lain.

Enakmen No. 11 Rejimen Askar Melayu yang diluluskan ini telah menjadi asas kepada penubuhan Askar Melayu dan juga sebagai lambang pengakuan Inggeris akan kepahlawanan orang Melayu yang terkenal sejak zaman-berzaman.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Askar Melayu (Kredit foto : Google)