Home Artikel PAS Melaka

PKP 2.0 beri kesan kepada masyarakat

334
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 23 Jan: Setelah lebih seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, ia dilihat telah memberi kesan ke atas masyarakat kampung dan masyarakat luar.

Tinjauan yang dibuat oleh Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sekitar jam 10 pagi semalam di persekitaran pantai Sungai Tuang, Sungai Kertah dan Telok Gong sepi dan lengang begitu juga dengan chalet-chalet yang terdapat di sepanjang pantai tersebut juga lengang daripada pengunjung.

                     Pengusaha Chalet Ombak Biru Sungai Kertah, Sh Wahab Sh Salim.

Menurut pengusaha Chalet Ombak Biru Sungai Kertah, Sh Wahab Sh Salim, beliau berhadapan dengan masalah tempahan awal yang telah dibuat oleh pelanggan.

“Saya terpaksa susun semula tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan sekiranya PKP dilanjutkan maka saya akan berdepan dengan pembatalan daripada pelanggan dan ini merugikan saya,” luah beliau.

Sementara itu peniaga-peniaga kecil yang ditemui di sekitar kawasan ini di mana mereka dilihat berniaga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Rozita Abu Bakar

Menurut Rozita Abu Bakar, 40, yang berniaga sarapan dan minuman pagi di Kampung Guan, Kuala Sungai Baru berpendapat pendapatan yang diperolehi sama sebelum dan selepas PKP

“Saya berniaga seperti biasa dan customer tetap saya akan datang beli cara bungkus makanan dan minuman dan pendapatan pun sama walaupun selepas PKP” ujar beliau.

Bagi Norani Mohd Zain, 47, yang berniaga di Kampung Telok Gong menjual kuih muih serta sarapan dan minuman juga berpendapat tiada beza pendapatan yang diperolehi sebelum dan selepas PKP namun perniagaan runcit terjejas sedikit.

“Jumlah pendapatan yang saya dapat selepas PKP ini tidak jauh beza dengan sebelum PKP” ujar beliau.

Norani Mohd Zain