Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Hargai Petugas Barisan Hadapan, Hentikan Politik Tidak Matang

1556
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Hargai Petugas Barisan Hadapan, Hentikan Politik Tidak Matang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus menghadapi wabak Covid-19 di seluruh negara.

Pada masa yg sama PAS merasa kesal dengan segelintir pihak yang bertindak tidak matang dalam menyokong usaha-usaha pihak kerajaan menangai wabak pandemik Covid-19.

Masih jelas suara-suara sumbang di media sosial yang cuba menyalahkan kerajaan sehingga ada segelintir rakyat yang masih ingkar mengikuti arahan.

Perlu diingat, semua individu di Malaysia amat berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan wabak ini, dan langkah pencegahan harus diberi perhatian secara total bukannya masa untuk berpolitik dan saling menyalahkan.

Tambahan, dengan usaha pihak kerajaan melalui agensi utama seperti Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkata Tentera Malaysia telah digerakkan sepenuhnya.

Hargai petugas barisan hadapan yang bekerja lebih masa dan antaranya melebihi 18 jam sehari. Mereka berpisah dengan anak, isteri dan suami tersayang demi negara.

Mereka turut merisikokan diri mereka sendiri dengan jangkitan virus pandemik yang boleh membawa maut.

Berhentilah berpolitik dengan tidak matang dan jangan sekali mengguris perasaan petugas yang banyak berkorban membantu di barisan hadapan.

PAS ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mereka disamping menyeru rakyat Malaysia untuk bersama berganding bahu bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19 ini sepenuhnya.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
26 Mac 2020 | 1 Syaaban 1441