Home Artikel PAS Sarawak

Rumah Panjang Terputus Bekalan, Perlukan Bantuan

452
SHARE

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum kerajaan bermula18 hingga 30 Mac telah menjejaskan kehidupan seharian penghuni rumah panjang di Sarawak. Kesannya akan makin teruk apabila kerajaan telah melanjutkan PKP sehingga 14 April. Walaupun kerajaan persekutuan dan negeri telah memberi bantuan dan insentif kepada rakyat sepanjang PKP ini, namun bantuan dan insentif itu tidak menyeluruh.

Umum mengetahui semua lapisan masyarakat turut terjejas dan tidak semua B40 yang akan layak menerima bantuan RM250 kerajaan negeri. Di mana, golongan tercicir ini rata-ratanya adalah petani, peniaga kecilan dan buruh kampung yang sudah tentu juga tiada simpanan KWSP.

Saat sukar ini sangat dirasai hampir keseluruhan penghuni rumah panjang dan sebahagian besarnya telah terputus bekalan makanan asas hingga terpaksa mencatu bekalan makanan dan meminjam duit pada pihak lain. Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) sangat prihatin dengan kesusahan penghuni rumah panjang berdepan saat sukar ini.

Sehubungan dengan itu, kami memohon peruntukan khas dari kerajaan persekutuan dan negeri untuk memastikan masalah dan kesempitan hidup penghuni rumah panjang terbela dan terjamin. DHPP juga mengharap dan mengalu-alukan orang kaya dan syarikat besar yang bertapak di Sarawak tampil membantu meringankan beban penghuni rumah panjang yang tidak terbela.

ACHAU MUJAH
KETUA DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS SARAWAK