Home Kenyataan Media PAS Pahang

PAS Pahang sokong cadangan PM buka kedutaan Palestin

153
SHARE

Dunia telah menyaksikan ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin dan telah sekian lama menanggung sengsara kesan dari kekejaman rejim Israel yang sepertinya tidak akan berakhir.

 

Ketiadakadilan keatas rakyat Palestin juga dilihat apabila bukan sahaja negara mereka diserang malahan tanah mereka dirampas dengan sewenang-wenangnya dan lebih sukar lagi apabila Negara kuasa besar dunia memberikan bantuan kepada Israel agar rakyat Palestin tidak dapat menuntut kembali hak mereka.

 

Ketidakadilan ini terus sehingga kini mendapat sokongan Negara kuasa besar dunia, menjadikan Israel semakin bermaharajalela menghentam rakyat Palestin, sehingga telah ribuan rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak kesan dari kekejaman dan kejahatan Israel.

 

Lebih mengecewakan apabila ada negara-negara umat Islam sendiri hanya berpeluk tubuh menyaksikan kekejaman Israel dan penderitaan rakyat Palestin. Mereka sepertinya tidak berperanan lansung untuk membantu rakyat Palestin, malahan ada yang menyokong ketika pelanggaran undang2 antarabangsa yang dilakukan oleh Israel.

 

Kedutaan untuk Palestin ini yang dinyatakan oleh Tun Mahadir Muhamad Perdana Menteri Malaysia akan dibuka dalam masa terdekat di Jordan sebagai langkah untuk Malaysia dan rakyatnya dapat menyalurkan bantuan berterusan kepada rakyat Palestin.

 

Saya yakin tindakan ini juga akan menjadi pencetus pula kepada negara-negara umat Islam yang lain untuk turut membuka kedutaan mereka bagi membela rakyat Palestin dan seterusnya berani untuk membela ketidakadilan terhadap rakyat Palestin.

 

PAS Pahang mencucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia diatas keberanian beliau dan berharap hasrat ini segera dilaksanakan demi keadilan untuk rakyat Palestin.

 

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR

PESURUHJAYA PAS PAHANG.

ADUN TANJUNG LUMPUR.