Home Berita PAS Kedah

Pemandu teksi Kuala Nerang hampir tiada pendapatan sejak PKP

156
SHARE

Oleh NURUL AMIN

KUALA NERANG, 30 Jun : Seramai 22 pemantu teksi dan kereta sewa  disantuni melalui program anjuran Pusat Khidmat DUN Kuala Nerang dan PAS Kawasan Padang Terap yang disempurnakan oleh ADUN Kuala Nerang Tuan Hj Munir Yusoff di Pekan Kuala Nerang.

Program ringkas ini bagi menyerahkan sumbangan kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Padang Terap. Majlis yang ringkas ini turut dihadiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Terap Ustaz Azam Abd Aziz bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin bin Hamid dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Ustaz Habibullah Salleh.

Pertemuan secara tidak langsung dapat mendengar luahan hati para pemandu teksi dan kereta sewa yang hampir tiada langsung pendapatan sejak PKP kalau hanya bergantung dengan bawa teksi sahaja. Tuan Hj Ismail Saman selaku  Pengerusi Persatuan Teksi Kuala Nerang  mewakil 22 orang pemandu teksi yang menerima sedikit bantuan daripada PAS Padang Terap, Pusat Khidmat Dun Kuala Nerang mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan yang diberikan.