Home Berita PAS Kedah

ADUN ketuai doa misi SAR pemuda hilang terjatuh sungai

166
SHARE

PADANG TERAP – Seorang pemuda, Muhamad Shahril Hamid, 30, yang masih bujang dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kuala Pai, Kuala Nerang, di sini.

Abangnya, Mohd Nor Azmi Hamid, 32, memberitahu, adiknya itu memang sering ke sungai tersebut selepas menoreh getah, namun hanya menemui motosikal dan kasutnya hari ini.

Sehubungan itu beliau membuat laporan Polis di mana operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan bersama pasukan Momba dan Angkatan Pertahanan Awam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain mengesahkan menerima laporan pada pukul 10:24 pagi ini.

ADUN Kuala Nerang, Munir @ Mohamad Yusoff Zakaria yang mendapat perkhabaran itu turut serta ke lokasi kejadian serta mendapatkan taklimat dari pelaksana operasi.

Beliau turut memberi ucapan ringkas dan mengharap mangsa ditemui serta mengetuai bacaan doa agar operasi dipermudahkan buat para anggota penyelamat bertugas.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap itu turut berharap keluarga mangsa bersabar serta mengajak semua pihak berdoa agar mangsa ditemui dengan selamat. –