Home Berita PAS Melaka

Haji Adam, mantan Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu meninggal dunia

349
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 5 Sept: Mantan Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Haji Adam Majid, 76, telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurut Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Mohamad Nasri Jaafar, Almarhum menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Batu 17 Kampung Lendu, di sini.

Tambah Nasri, pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar kepada PAS cawangan ini khasnya dan PAS Kawasan Masjid Tanah amnya.

“PAS Cawangan Kampung Lendu kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Beliau adalah salah seorang watak utama yang mewujudkan PAS cawangan ini.

“Dan pada masa ini beliau adalah penaung dan penasihat kepada cawangan,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.

Ketika berita ini ditulis jenazah Almarhum masih lagi berada di Hospital Alor Gajah bagi melalui proses pengesahan samada Almarhum dijangkiti Covid-19 atau tidak.

Jenazah dijangka akan disembahyang dan disemadikan di kampung ini sebaik sahaja kebenaran diberi oleh pihak berkuasa bergantung kepada keputusan pengesahan Covid-19.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.