Home Berita PAS Kedah

Gurun dan Yan dilanda Banjir Kilat

4443
SHARE

Oleh : NorJuliana Yaacob

GURUN, 18 Ogos : Hujan lebat di Gunung Jerai mengakibatkan tujuh kawasan sekitar Gurun dilanda banjir kilat.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerai Muzaini Azizan berkata kawasan berkenaan ialah Taman Sri Utama; SMK Gurun; Kampung Baru; Sungai Kunyit; Sungai Badak; Kampung Jelatang dan Taman Jerai Harmoni.

“Hujan lebat berkenaan telah mengakibatkan air sungai melimpah ke kawasan berkenaan dan menjejaskan beberapa buah rumah penduduk,” katanya.

Katanya, kediaman penduduk yang berhampiran sungai mengalami kerosakan yang sangat teruk dan tidak selamat untuk didiami.

“Buat sementara waktu, kita minta mereka semua berpindah ke lokasi yang selamat seperti dewan dan juga rumah saudara,” katanya.

Menurut Muzaini, selain Gurun lokasi lain seperti daerah Yan juga turut menimpa nasib yang sama.

“Kita harap mereka yang terjejas bersabar dan segera membuat laporan bagi membolehkan pihak berwajib menyalurkan bantuan,” katanya.